Sunday, January 11, 2009

Skylift training in KL, 4th November 2008 - Part 3

RUMUSAN

Sepanjang kursus ini, banyak ilmu yang telah di pelajari dan dengan adanya kerjasama dan dorongan daripada semua pihak, sesuatu kerja itu dapat di selesaikan tanpa sebarang masalah. Komunikasi dan disiplin memainkan peranan yang penting dalam kerja-kerja penyelenggaraan ini kerana kita sentiasa berhadapan dengan hazard.
Penjagaan peralatan juga dititikberatkan kerana kita bekerja dalam keadaan talian hidup dan sebarang kerosakan pada peralatan kerja boleh mengundang bahaya.

MAJULAH LIVE LINE UNTUK TNB


Berikut adalah beberapa gambar yang telah diambil sepanjang kursus untuk di kongsi bersama.
















Saturday, January 3, 2009

Skylift training in KL, 4th November 2008 - Part 2

Kursus ini telah dikendalikan oleh tiga orang jurulatih dari E.I.T.I, Canada. Pelatih-pelatih terdiri daripada dua orang jurutera, dua orang jurulatih dari unit talian hidup, tiga orang pemasang talian dan tiga orang pemandu.
Jurulatih dari E.I.T.I ; Larry , John Zucco and Bill Mc Caveney.
Jurutera L.L.U ; En. Sugumar dan En. Izwan.
Jurulatih L.L.U ; En. Zul Fly dan Papa Zul.
Pemasang Talian ; Kumar , Hairy , Hanapi.
Operator ; En. Johan , En. Hamizi , En. Kamal.

Satu lagi jentera berat yang digunakan untuk penyelenggaraan ini ialah ‘kren’. ‘Kren’ ini juga telah diubahsuai dengan menambahkan ‘Jib’ fibre yang berukuran 15 kaki di hujung telescopic.
Kegunaan ‘kren’ ini adalah untuk menahan konduktur semasa penukaran suspension insulator dan juga menaikkan barang-barang kerja semasa penukaran tension insulator.

Gambar menunjukkan pada hujung ‘jib’ fibre pada ‘kren’, sebuah alat yang berfungsi sebagai ‘double conductor yoke’ telah dipasang untuk memegang konduktor semasa melakukan kerja-kerja penukaran ‘suspension insulator’. Sebuah ‘corona ring’ juga telah dipasang di hujung ‘jib’ tersebut. Pergerakan ‘kren’ amat penting semasa memasukkan konduktor ke dalam ‘yoke’ dan segala isyarat akan diberi oleh pemasang talian bagi mengelakkan sebarang masalah semasa proses tersebut. ‘Walkie-talkie’ digunakan semasa pemasang talian berkomunikasi dengan operator ‘kren’.


Kursus penyelenggaraan monopole secara talian hidup ini telah diadakan selama sebulan dan topik-topik yang merangkumi kursus ini adalah :
· Menukar suspension insulator.
· Menukar tension insulator.
· Menukar pilot insulator.
· Menukar lightning arrester.



MENUKAR SUSPENSION INSULATOR

‘Bucket’ akan dibawa menghampiri fasa yang akan ditukar dan jarak antara fasa dan ‘bucket’ ialah 8.5 kaki. Pada masa yang sama, ‘kren’ akan dibawa menghampiri konduktor untuk mengangkat konduktor dan menjarakannya. Alat-alat yang diperlukan adalah
Universal pole
· Grip all
· Corona ring holder
· Cotter key tools


Corona ring holder akan dipasang dengan menggunakan Grip all. Ia mempunyai dua clamp dan kedua-dua clamp tersebut akan diikat pada sebuah rod. Satu clamp akan dipasang pada corona ring dan satu lagi akan dipasang pada konduktor. Tujuannya ialah untuk mengelakkan corona ring hilang posisi selepas socket clevis pada insulator dibuka. Kedudukan corona ring akan stabil dan mudah untuk memasukkan semula socket clevis selepas insulator baru dipasang.

‘Kren’ akan berada dalam keadaan sedia sebelum pin pada socket clevis dikeluarkan. Selepas pin dikeluarkan, ‘kren’ akan mengangkat konduktor dengan perlahan untuk melonggarkan socket clevis dan pemasang talian akan menggunakan universal pole untuk mengeluarkan socket clevis daripada insulator. Proses ini memerlukan komunikasi yang betul supaya tiada masalah yang akan berlaku semasa mengeluarkan socket clevis daripada konduktor.


Selepas socket clevis dikeluarkan daripada konduktor, konduktor akan dijarakkan sejauh 6 kaki ke luar untuk membolehkan ‘bucket’ menghampiri badan menara untuk membuka bolt dan nat pada post insulator. Pada masa ini, kedudukan konduktor adalah jauh dari kawasan kerja dan kelegaan dan jarak keselamatan untuk bekerja adalah lebih dari mencukupi.


Post insulator akan dibuka dahulu dan diikuti dengan suspension insulator. Bonding clamp akan dipasang pada ‘bucket’ dan badan menara untuk mengelakkan ‘induction’.Double block akan digunakan untuk menurunkan post insulator sehingga ianya tegak. Insulator akan diturunkan dengan menggunakan handline. Handline boleh dipasang pada hujung ‘jib’ antara ‘bucket’ ataupun pada hook yang terdapat pada badan menara. Kedudukan ‘jib’ akan diubah mengikut pergerakan dan kelegaan semasa bekerja untuk keselesaan dan keselamatan.
MENUKAR TENSION INSULATOR

‘Bucket akan dibawa menghampiri cold end dan ‘cold end yoke’ akan dipasang seperti yang ditunjukkan dalam gambar di atas. Pada masa yang sama, ‘sag bar yoke’ akan dinaikkan keatas dengan ‘kren’. Strain pole akan di pasang siap pada ‘sag bar yoke’.



Strain pole akan di pasang dan pada masa yang sama, strain pole akan di pusing untuk memasukkan ‘sag bar yoke’ ke dalam konduktor. ‘Kren memainkan peranan yang penting pada masa ini supaya proses ini berjalan dengan lancar.


‘Bucket akan di ubah kedudukannya dan di bawa menghampiri ‘hot end’. Jarak antara konduktor dan ‘bucket’ ialah 8.5 kaki. Ini adalah untuk membetulkan kedudukan ‘sag bar yoke’ betul-betul rapat antara dua extension link. Selepas itu pin pada ‘sag bar yoke’ akan di pasang dengan menggunakan grip all.




Setelah pin pada ‘sag bar yoke’ di pasang, tegangan pada insulator akan di kendurkan dengan menggunakan ratchet dan pada masa yang sama ‘craddle’ akan dinaikkan untuk memegang insulator.


Craddle akan di pasang seperti yang ditunjukkan dalam gambar dan pin pada cold end dibuka diikuti dengan ‘socket’ pada insulator. ‘Bucket’ akan digerakkan ke arah hot end dan pin pada ‘socket’ insulator dan insulator akan dibuka dengan menggunakan universal pole.



Craddle akan dibawa turun dengan menggunakan ‘kren’ dan insulator yang baru akan dinaikkan untuk dipasang. Dalam proses ini, pergerakan ‘bucket’ akan berubah-ubah mengikut kedudukan yang sesuai untuk bekerja dan juga bagi faktor kelegaan dan keselamatan. Harus diingatkan bahawa kebersihan ‘craddle’ dan strain pole harus dititikberatkan bagi mengelakkan sebarang insiden yang tidak diingini berlaku.

MENUKAR PILOT INSULATOR


Dalam proses menukar pilot insulator, dua buah wire tong yang berukuran 10 kaki akan di pasang seperti yang ditunjukkan dalam gambar. Hujung wire tong akan diikat pada corona ring dan satu hujung lagi akan diikat pada ‘cold end’, Clamp yang digunakan untuk mengikat wire tong pada cold end adalah seperti gambar di bawah.


Sebuah sling akan diikat pada insulator yang kedua dan hujung sling ini akan ditahan oleh ‘kren’. Socket pada insulator dibawah akan dibuka terlebih dahulu diikuti dengan socket pada insulator diatas. Insulator yang telah dibuka akan diturunkan dengan ‘kren’ dan insulator yang baru akan dinaikkan.

MENUKAR LIGHTNING ARRESTER


Lightning arrester adalah sebuah alat yang di pasang untuk menangkap panahan kilat dan alirkannya ke bumi. Untuk menukar lightning arrester, konduktor fasa akan di buka dan di jarakkan untuk mendapatkan kelegaan semasa ‘bucket’menghampiri lightning arrester. Strain link stick akan di pasang pada konduktor atas bagi tujuan memegang jumper lightning arrester setelah ianya di buka.


Handline akan di pasang pada post insulator. Lightning arrester akan diikat dengan sling dan di sangkutkan pada hook handline. Handline boleh juga di pasang pada ‘bucket’ selain daripada memasang pada post insulator. Setelah socket clevis pada lightning arrester di buka, ia akan di turunkan dan di gantikan kepada yang baru.


Lightning arrester di pasang pada setiap menara bagi tujuan melindungi aksesori-aksesori pada menara seperti insulator, konduktor dan lain-lain. Apabila di panah kilat, lightning arrester akan menangkap kilat tersebut dan alirkannya ke bumi. Dalam proses ini, fius pada lightning arrester akan pecah dan rantai yang di sambungkan antara lightning arrester dan badan menara akan putus.