Saturday, January 3, 2009

Skylift training in KL, 4th November 2008 - Part 1

Disediakan oleh:
J. Tharmaindra Kumar
SN: 10081167



----------------------------------------------------------------------------


Menara monopole jarang sekali di jumpai selain daripada menara lattice. Menara monopole didirikan atas sebab tiada kawasan yang luas untuk mendirikan menara lattice.
Kebanyakan menara ini didirikan di tengah-tengah pusat bandaraya memandangkan ia hanya merangkumi luas kawasan yang tidak begitu besar.
Menara monopole juga didirikan di tengah-tengah antara lebuhraya sepertimana yang didirikan sepanjang lebuhraya DUKE yang bakal membuka lingkaran baru dalam menaikkan taraf sistem pengangkutan di negara kita.



Penyelenggaraan pada menara monopole jarang dilakukan kerana kesukaran untuk bekerja dan masalah jarak keselamatan untuk bekerja tidak sesuai. Untuk mengatasi masalah ini, TNB telah memperkenalkan satu kaedah baru menggunakan ‘bucket truck’ untuk menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan pada menara monopole ini.
Kaedah ini melibatkan dua jentera berat iaitu ‘bucket truck’ dan ‘kren’. Fungsi ‘bucket truck’ adalah untuk membawa pemasang talian menghampiri kawasan kerja manakala ‘kren’ adalah untuk menahan konduktor dan juga menjarakkannya untuk mendapatkan kelegaan yang mencukupi untuk bekerja.




‘Bucket truck’ mempunyai ciri-ciri sepertimana yang dipunyai oleh semua kren tetapi ianya diubahsuai dengan memasang ‘jib’ fibre sepanjang 15 kaki pada hujung telescopic. Ianya untuk aspek keselamatan dalam penyelenggaraan secara talian hidup.’Bucket truck’ ini akan dikendali oleh seorang operator dan seorang pembantu untuk mengenalpasti kawasan yang sesuai untuk bekerja. ‘Bucket truck’ ini harus diletakkan di kawasan yang rata sebelum memulakan kerja. Keadaan tapak juga harus dititikberatkan kerana ‘Bucket truck’ akan lebih stabil sekiranya kawasan kerja adalah keras dan rata.

Gambar menunjukkan LMI [load monitoring indicator]

LMI adalah sebuah monitor yang akan memaparkan segala pergerakan yang dilakukan oleh ‘Bucket truck’. Pergerakan ini akan ditunjukkan dalam bacaan digital. Ia juga mempunyai sensor yang akan memberhentikan pergerakan ‘bucket’ dengan serta-merta sekiranya melebihi jarak yang diperuntukan.



Setiap pergerakan yang dilakukan akan dipandukan daripada ‘load chart’ contohnya ‘telescopic’ pada ‘boom’ hanya boleh dikeluarkan apabila ‘boom’ dinaikkan melebihi 30 darjah.


Pergerakan ‘bucket’ boleh dikawal secara manual pada panel di bawah ataupun dengan menggunakan alat kawalan jauh.


- Manual -


- Alat kawalan jauh -



Gambar menunjukkan ‘bucket’ yang yang dibuat sepenuhnya daripada ‘fibre’. Ia mempunyai tambahan ‘jib’ sepanjang 6 kaki dan dua ‘bucket’. ‘Bucket’ ini adalah lebih selamat kerana jumlah penebatannya adalah 21 kaki. Jarak antara ‘bucket’ dengan konduktor adalah 8.5 kaki jadi kebarangkalian untuk terkena renjatan adalah amat tipis.
‘Bucket’ fibre ini boleh menampung beban sebanyak 300 lbs setiap satu. ‘Bucket’ ini juga telah diuji dengan mengalirkan 1 juta volt dan terbukti penebatannya adalah baik.
‘Bucket’ ini mempunyai brek untuk menghentikannya daripada menghayun semasa naik ke atas.


Kursus ini telah dikendalikan oleh tiga orang jurulatih dari E.I.T.I, Canada. Pelatih-pelatih terdiri daripada dua orang jurutera, dua orang jurulatih dari unit talian hidup, tiga orang pemasang talian dan tiga orang pemandu.
Jurulatih dari E.I.T.I ; Larry , John Zucco and Bill Mc Caveney.
Jurutera L.L.U ; En. Sugumar dan En. Izwan.
Jurulatih L.L.U ; En. Zul Fly dan Papa Zul.
Pemasang Talian ; Kumar , Hairy , Hanapi.
Operator ; En. Johan , En. Hamizi , En. Kamal.


Satu lagi jentera berat yang digunakan untuk penyelenggaraan ini ialah ‘kren’. ‘Kren’ ini juga telah diubahsuai dengan menambahkan ‘Jib’ fibre yang berukuran 15 kaki di hujung telescopic.
Kegunaan ‘kren’ ini adalah untuk menahan konduktur semasa penukaran suspension insulator dan juga menaikkan barang-barang kerja semasa penukaran tension insulator.


Gambar menunjukkan pada hujung ‘jib’ fibre pada ‘kren’, sebuah alat yang berfungsi sebagai ‘double conductor yoke’ telah dipasang untuk memegang konduktor semasa melakukan kerja-kerja penukaran ‘suspension insulator’. Sebuah ‘corona ring’ juga telah dipasang di hujung ‘jib’ tersebut. Pergerakan ‘kren’ amat penting semasa memasukkan konduktor ke dalam ‘yoke’ dan segala isyarat akan diberi oleh pemasang talian bagi mengelakkan sebarang masalah semasa proses tersebut. ‘Walkie-talkie’ digunakan semasa pemasang talian berkomunikasi dengan operator ‘kren’.




-----------------------------------------------------------------------------

4 comments:

  1. Kumpulan anggota kerja talian hidup di TNB adalah di antara pasukan talian hidup yang terbaik setakat ini. Mereka mempunyai skil dan kemahiran tinggi dalam menjalankan kerja-kerja senggaraan talian hidup 132/275/500kV di seluruh Malaysia. syabas dan tahniah kepada semua anggota kerja Unit Talian Hidup. Saya yakin mereka adalah di antara golongan yang 'elite'.

    ReplyDelete
  2. Thank you Mr.Sugu for the well spoken words. Inspiring feedbacks from great people like you keeps every employee in LLU motivated.

    ReplyDelete
  3. Tahniah En.Kumar di atas usaha anda bagi 'mempromosikan' live line maintenance dalam TNB. It is such a good effort to share your experiance and knowledge to others. Im so proud to be among live line 'big family'. Well Done!!

    ReplyDelete
  4. Thank you,Encik Izwan for your thoughtful words.Its great to know that I have so much of support from you all,in the effort I have put.

    ReplyDelete